Latest Entries »

Friday, 18 March 2016

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERLIS






Dasar Dan Matlamat
Jabatan Pendidikan Negeri Perlis sentiasa berusaha melaksanakan tugas dan tanggungjawab untuk mencapai matlamat berikut:
  1. Pengurusan
    Mempertingkatkan kualiti pengurusan pelbagai peringkat supaya sentiasa cekap dan berkesan.
  2. Perkhidmatan Profesionalisme
    Memperkasakan profesionalisme semua pegawai perkhidmatan pendidikan menjadi pendidik mithali dengan memberikan perkhidmatan cemerlang sepanjang masa.
  3. Pembinaan Modal Insan Kelas Pertama
    Melahirkan modal insane Negara yang cemerlang dalam akademik, mampan sahsiah, jitu patriotism, hebat kokurikulum dan kepimpinan, menguasai ICT serta mampu bersaing bagi mengharungi cabaran di peringkat global.
  4. Sekolah Gemilang
    Memastikan semua sekolah mencapai kecemerlangan tahap sekolah gemilang dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM).
  5. Tanggungjawab Kepada Pihak Berkepentingan
    Memastikan segala usaha yang dijalankan mencapai matlamat agar memenuhi harapan semua pihak termasuklah Kementerian Pendidikan Malaysia, Kerajaan Negeri Perlis, masyarakat dan ibubapa.


Piagam Pelanggan
Kami Warga Pendidikan Negeri Perlis Dengan Penuh Tekad Dan Iltizam Berikrar Dan Berjanji Akan Menumpukan Seluruh Tenaga Dan Usaha Kami:
  1. Memastikan Semua Murid, Mengikut Umur Yang Ditetapkan Mendapat Tempat Belajar Dan Mengikuti Pengajaran & Pembelajaran Pada Hari Pertama Persekolahan Baru Dimulakan.
  2. Memproses Penempatan Guru Ke Sekolah-Sekolah Tidak Lewat Dari 14 Hari Bekerja Setelah Menerima Senarai Guru Dari Kementerian Pendidikan Malaysia.
  3. Memproses urusan permohonan pertukaran murid bagi sekolah harian, kawalan, SMKA dan KAA dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan lengkap.
  4. Memastikan urusan-urusa yang berkaitan dengan perkhidmatan dilaksanakan seperti berikut:
    1. Megurus dan memproses urusan-urusan yang berkaitan dengan perkhidmatan personal dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh penerimaan.
    2. Memastikan Surat penempatan buku guru dikeluarkan dari tempoh tiga (3) hari bekerja selepas arahan penempatan diterima daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.
  5. Menentukan kekosongan jawatan Pengetua/ Guru Besar/ Guru Penolong Kanan diisi dalam tempoh 30 hari bekerja selepa mengemukakan senarai cadangan calon-calon.
  6. Memastikan bayaran bil dan invois dibuat tidak melebihi empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan (bagi dokumen yang lengkap).
  7. Menguruskan Peperiksan Awam berdasarkan Kurikulum Kebangsaan KPM dengan lancar tanpa sebarang ketidakakuran sepanjang masa.
  8. Pengurusan aduan dan laporan isu disiplin murid:
    1. Menentukan segala aduan diberi jawapan kepada pelanggan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
    2. "Standard Operating Procedure" SOP 1:3:7 iaitu Laporan Awal pada hari pertama Laporan Lengkap butiran Kes pada hari ketiga dan Laporan beserta status kes hari ketujuh.
  9. Menyediakan kemudahan /infrastruktur sekolah ke arah menjadikan suasana sekolah yang kondusif, bersih dan selamat.
  10. Memastikan sekurang-kurangnya 100% daripada kakitangan dan pegawai menghadiri latihan kursus selama 7 hari dalam setahun.
  11. Menyediakan khidmat kaunseling, bimbingan, konsultasi dan advokasi bagi warga Pendidikan Negeri Perlis.