Latest Entries »

Sunday, 20 March 2016

DASAR DAN MATLAMAT JPN PERLIS

Dasar Dan Matlamat
Jabatan Pendidikan Negeri Perlis sentiasa berusaha melaksanakan tugas dan tanggungjawab untuk mencapai matlamat berikut:
  1. Pengurusan
    Mempertingkatkan kualiti pengurusan pelbagai peringkat supaya sentiasa cekap dan berkesan.
  2. Perkhidmatan Profesionalisme
    Memperkasakan profesionalisme semua pegawai perkhidmatan pendidikan menjadi pendidik mithali dengan memberikan perkhidmatan cemerlang sepanjang masa.
  3. Pembinaan Modal Insan Kelas Pertama
    Melahirkan modal insane Negara yang cemerlang dalam akademik, mampan sahsiah, jitu patriotism, hebat kokurikulum dan kepimpinan, menguasai ICT serta mampu bersaing bagi mengharungi cabaran di peringkat global.
  4. Sekolah Gemilang
    Memastikan semua sekolah mencapai kecemerlangan tahap sekolah gemilang dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM).
  5. Tanggungjawab Kepada Pihak Berkepentingan
    Memastikan segala usaha yang dijalankan mencapai matlamat agar memenuhi harapan semua pihak termasuklah Kementerian Pendidikan Malaysia, Kerajaan Negeri Perlis, masyarakat dan ibubapa.

0 comments:

Post a Comment