Kami Warga Pendidikan Negeri Perlis Dengan Penuh Tekad Dan Iltizam
Berikrar Dan Berjanji Akan Menumpukan Seluruh Tenaga Dan Usaha Kami:
-
Memastikan Semua Murid, Mengikut Umur Yang Ditetapkan Mendapat Tempat
Belajar Dan Mengikuti Pengajaran & Pembelajaran Pada Hari Pertama
Persekolahan Baru Dimulakan.
-
Memproses Penempatan Guru Ke Sekolah-Sekolah Tidak Lewat Dari 14 Hari
Bekerja Setelah Menerima Senarai Guru Dari Kementerian Pendidikan
Malaysia.
-
Memproses urusan permohonan pertukaran murid bagi sekolah harian,
kawalan, SMKA dan KAA dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh
penerimaan permohonan lengkap.
-
Memastikan urusan-urusa yang berkaitan dengan perkhidmatan dilaksanakan seperti berikut:
-
Megurus dan memproses urusan-urusan yang berkaitan dengan
perkhidmatan personal dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh
penerimaan.
-
Memastikan Surat penempatan buku guru dikeluarkan dari tempoh tiga
(3) hari bekerja selepas arahan penempatan diterima daripada pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia.
-
Menentukan kekosongan jawatan Pengetua/ Guru Besar/ Guru Penolong
Kanan diisi dalam tempoh 30 hari bekerja selepa mengemukakan senarai
cadangan calon-calon.
-
Memastikan bayaran bil dan invois dibuat tidak melebihi empat belas
(14) hari dari tarikh penerimaan (bagi dokumen yang lengkap).
-
Menguruskan Peperiksan Awam berdasarkan Kurikulum Kebangsaan KPM dengan lancar tanpa sebarang ketidakakuran sepanjang masa.
-
Pengurusan aduan dan laporan isu disiplin murid:
-
Menentukan segala aduan diberi jawapan kepada pelanggan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
-
"Standard Operating Procedure" SOP 1:3:7 iaitu Laporan Awal pada
hari pertama Laporan Lengkap butiran Kes pada hari ketiga dan Laporan
beserta status kes hari ketujuh.
-
Menyediakan kemudahan /infrastruktur sekolah ke arah menjadikan suasana sekolah yang kondusif, bersih dan selamat.
-
Memastikan sekurang-kurangnya 100% daripada kakitangan dan pegawai menghadiri latihan kursus selama 7 hari dalam setahun.
-
Menyediakan khidmat kaunseling, bimbingan, konsultasi dan advokasi bagi warga Pendidikan Negeri Perlis.
|
0 comments:
Post a Comment